Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5151
Bandingkan
Penyelia Pencucian dan Pengemasan di Pejabat, Hotel dan Pertubuhan Lain
Penyelia Pencucian dan Pengemasan di Pejabat, Hotel dan Pertubuhan Lain mengatur, menyelaras, dan menjalankan kerja pengemasan untuk memastikan bahagian dalaman dan lekapan di hotel, pejabat dan pertubuhan lain, serta di dalam pesawat udara, kereta api, bas dan kenderaan seumpamanya dalam keadaan kemas dan bersih.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Melatih, memecat, mengatur dan menyelia pembantu, tukang cuci dan kakitangan pengemasan lain.
Membeli atau mengawal pembelian bekalan.
Mengawal penyimpanan dan pengeluaran bekalan.
Menyelia kebajikan am dan tingkah laku individu dalam institusi.
Menyapu atau memvakum, mencuci dan menggilap lantai, perabot dan lekapan yang lain.
Mengemas katil, mencuci bilik mandi dan membekalkan tuala dan sabun serta barangan yang berkaitan.
Mencuci dapur secara amnya membantu dalam kerja-kerja dapur, termasuk membasuh pinggan mangkuk.
Mengisi semula stok minibar dan menukar barang seperti gelas dan kelengkapan menulis.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.