Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
5142
Bandingkan
Jurusolek dan Pekerja yang Berkaitan
Jurusolek dan Pekerja yang Berkaitan memberi rawatan kecantikan muka dan badan, mengenakan alat solek dan mekap, dan memberi rawatan lain kepada individu untuk menyerikan lagi penampilan mereka.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membuat solekan ke atas artis untuk persembahan.
Membersihkan dan menyapu krim, losen, dan produk yang berkenaan pada muka dan bahagian badan yang lain.
Mengurut muka dan badan.
Mengenakan mekap kepada pelanggan atau pelakon dan penghibur lain.
Membentuk, mewarna dan memberi rawatan lain pada bulu kening dan mata.
Mewarnakan rambut dan memberi rawatan rambut.
Membersih, membentuk, dan mengilatkan kuku jari tangan dan kaki serta memberi rawatan ringkas pada kaki seperti kematu, kalus, dan kuku jari kaki yang bermasalah.
Menyediakan alat solek khas untuk pelanggan.
Membantu pelanggan mandi dan memberi urutan asas.
Menggunakan teknik waxing, sugaring dan depilation untuk membuang bulu roma yang tidak diingini.
Memberi nasihat kepada pelanggan tentang diet dan senaman untuk membantu mengurangkan berat badan dan pelangsingan badan.
Menyediakan bahan yang perlu seperti topeng getah atau plastik, rambut atau janggut palsu.
Menyelia pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.