- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
5
Pekerja Perkhidmatan dan Jualan
Kumpulan Sub-Utama
51
Pekerja Perkhidmatan Peribadi
Kumpulan Kecil
514
Pendandan Rambut, Jurusolek, dan Pekerja yang Berkaitan
Kumpulan Unit
5142
Jurusolek dan Pekerja yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
5142-02
Bandingkan
Konsultan Kecantikan menyediakan nasihat pakar tentang penjagaan kulit, solekan dan produk kecantikan lain, membantu pelanggan memilih produk yang sesuai dengan keperluan dan pilihan individu mereka. Mereka menunjukkan manfaat produk, mempromosikan rangkaian baharu dan mungkin menawarkan rawatan atau tutorial kecantikan asas. Mereka juga membimbing pelanggan tentang program kesejahteraan atau pelangsingan badan, menyokong amalan gaya hidup sihat dan memotivasikan pelanggan untuk mencapai matlamat peribadi.
Tugasan
Menyambut pelanggan, menilai keperluan mereka, serta menyediakan rundingan, nasihat, cadangan, dan demonstrasi produk atau rawatan yang diperibadikan bagi perkhidmatan kecantikan, pelangsingan dan pengurusan berat badan.
Melaksanakan rawatan pelangsingan dan badan menggunakan peralatan dan teknologi yang diluluskan.
Mendidik pelanggan mengenai pemakanan, perubahan gaya hidup, dan amalan pengurusan berat badan yang sihat.
Memantau kemajuan pelanggan, menyelenggara rekod yang tepat, dan menjawab pertanyaan pelanggan.
Mengurus stok dan inventori produk kecantikan serta bekalan rawatan.
Menyokong promosi dalam kedai, kempen jualan, dan aktiviti penglibatan pelanggan.
Menjaga kebersihan, penampilan, dan standard profesional di kaunter kecantikan dan kawasan rawatan.
Kemahiran
Asas
Berorientasikan perkhidmatan pelanggan yang kukuh, termasuk kesabaran, empati dan keupayaan untuk memotivasikan pelanggan.
Kemahiran jualan, pujukan dan persepsi sosial asas untuk menyokong hasil perkhidmatan.
Ketelitian terhadap perincian dalam penyampaian perkhidmatan dan pengendalian pelanggan.
Komunikasi yang berkesan dan kemahiran interpersonal untuk melibatkan dan menasihati pelanggan dengan jelas.
Pemahaman asas tentang pemakanan, kecergasan dan penyimpanan rekod mudah menggunakan kemahiran komputer dan asas pengiraan asas.
Khusus
Kebolehan untuk melakukan solekan serta melaksanakan rawatan kecantikan dan pelangsingan asas.
Kebolehan untuk menyesuaikan rawatan dan program mengikut keperluan individu pelanggan.
Kemahiran dalam sistem point-of-sale (POS) dan pengurusan inventori serta sistem penyimpanan rekod dan dokumentasi asas.
Pengetahuan dalam penjagaan kulit, produk kosmetik, dan teknik rawatan badan.
Pengetahuan dalam standard kesihatan, keselamatan, dan kebersihan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.