Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4419-11
Bandingkan
Pembantu Antidadah Gred S1
Pembantu Antidadah Gred S1 bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.
Tugasan
Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Mengendalikan dengan cekap dan berkualiti program-program pemulihan penagih dadah yang meliputi aspek-aspek seperti pengurusan kemasukan penghuni, rawatan penagihan dadah (detoksifikasi), program orientasi, asrama, program/ aktiviti harian, penilaian klinikal dan kenaikan fasa, program pra bebas, persediaan pra bebas dan kebajikan penghuni.
Mengendalikan dengan cekap dan berkualiti program-program pemulihan dan pencegahan dalam komuniti yang meliputi aspek-aspek seperti program pengawasan, program pendidikan dan publisiti dan intervensi.
Membantu menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan dadah yang meliputi aspek-aspek seperti membantu memantau pengawasan kes, membantu operasi pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan pelbagai kumpulan sasar.
Berkebolehan mewujudkan jaringan perhubungan dengan agensi lain.
Berupaya melaksanakan kerja sosial dan kemasyarakatan.
Boleh memahami dan memberi bimbingan kepada klien.
Khusus
Berkebolehan mengumpul maklumat untuk penilaian dan pemantauan program.
Memahami dan menguasai peraturan, kaedah, akta dan undang-undang berkaitan dadah.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam membantu penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran melaksanakan program pemulihan dalam institusi dan komuniti.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengendalikan program pencegahan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.