Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4311-10
Bandingkan
Pembantu Juruaudit Gred W1 bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkanpenyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya,menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat,memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Tugasan
Menjalankan pengauditan prestasi/ agensi mengikut rancangan dan program audit yang telah diluluskan.
Menyediakan kertas kerja dan pemerhatian audit berkaitan terhadapnya serta mengambil tindakan susulan.
Menjalankan pengauditan kewangan (interim dan akhir) bagi agensi yang diaudit.
Menyediakan kertas kerja pengauditan interim dan akhir yang berkaitan dengan tugas dan menyediakan pemerhatian audit yang berkaitan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional serta memberi cadangan penambahbaikan.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang dan peraturan kewangan serta standard perakaunan dan pengauditan yang diterima umum.
Berkebolehan menganalisa penyata dan laporan kewangan.
Berpengetahuan luas dalam bidang perakaunan, pengauditan dan prosedur pengurusan kewangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.