Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4132
Bandingkan
Kerani Kemasukan Data
Kerani Kemasukan Data memasukkan kod, data statistik, kewangan dan lain-lain data berangka ke dalam peralatan elektronik, pangkalan data berkomputer, spreadsheet atau repositori data lain menggunakan papan kekunci, tetikus, atau pengimbas optik, atau lain-lain alat kemasukan data. Memasukkan data ke peranti mekanikal dan elektronik untuk melakukan pengiraan matematik.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menerima dan mendaftarkan invois, borang, rekod dan dokumen lain untuk keperluan data.
Memasukkan data berangka dan data lain daripada sumber bahan ke dalam peranti storan dan pemprosesan komputer.
Menyemak, membetulkan dan mengemas kini data yang dimasukkan, jika perlu.
Mengendalikan buku simpan kira dan mesin pengiraan.
Mengadakan/ menyimpan data-data dan fail-fail cap jari dan menyiapkan/ menyediakan dan menaip surat-menyurat berkenaan cap jari yang diterima.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.