Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4132-03
Bandingkan
Pelabel Data dan Media menyediakan, menandakan, dan membuat anotasi kandungan digital seperti imej, video, audio dan teks untuk menyokong pemprosesan data, pengkatalogan dan analisis. Mereka memastikan set data adalah tepat, konsisten dan mematuhi garis panduan projek, sekali gus membolehkan penyediaan data berstruktur yang digunakan dalam sistem pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.
Tugasan
Menandakan dan melabel imej, audio, video, dan data teks mengikut arahan projek dan garis panduan anotasi.
Membuat anotasi kandungan digital untuk menyokong pemprosesan data dan aktiviti pengkatalogan.
Menyemak data yang telah dilabel untuk ketepatan, konsistensi, dan kelengkapan.
Menggunakan metadata dan tag pengelasan untuk mewujudkan set data yang berstruktur dan mudah dicari.
Menyelenggara set data dan fail media yang teratur untuk memudahkan capaian dan penggunaan selanjutnya.
Mengenal pasti, menanda, dan melaporkan isu kualiti data, percanggahan, atau kandungan yang tidak jelas.
Mengesahkan dan menambah baik data berlabel supaya memenuhi standard projek dan kualiti data.
Membantu menyediakan set data berlabel untuk kegunaan sistem selanjutnya mengikut keperluan projek.
Memastikan semua kerja pelabelan mematuhi keperluan projek, peraturan taksonomi, dan prosedur pengendalian data.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja secara berdikari dan mengurus tugas dengan cekap.
Kebolehan mengikuti arahan terperinci dan garis panduan yang telah ditetapkan dengan tepat.
Kemahiran komunikasi yang baik untuk memahami keperluan tugas dan memberikan maklum balas apabila diperlukan.
Ketelitian yang tinggi terhadap perincian untuk memastikan pelabelan data dan media yang tepat.
Literasi komputer asas untuk mengendalikan alatan dan platform digital.
Khusus
Kefahaman tentang alat dan perisian anotasi data.
Kemahiran kemasukan data yang tepat serta penyimpanan rekod.
Kemahiran mengatur data dan mengurus fail serta set data berlabel.
Keupayaan mengemas kini, memindahkan, dan menyelenggara data berlabel mengikut keperluan projek.
Keupayaan menggunakan aplikasi komputer standard dan platform dalam talian untuk menyokong kerja pelabelan.
Pemahaman asas tentang penggunaan data berlabel dalam sistem pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.
Pemahaman tentang pelbagai format media, termasuk imej, audio, video, dan teks.
Pengetahuan tentang prosedur kawalan kualiti bagi data berlabel.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.