Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
4131
Bandingkan
Jurutaip
Jurutaip menaip, meminda serta mencetak dengan menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau pemprosesan kata yang lain, dan merekod secara trengkas hal yang dinyatakan secara lisan atau bertulis.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menaip bahan bertulis daripada draf awal, membetulkan salinan, rakaman suara, atau trengkas dengan menggunakan komputer, pemproses kata, atau mesin taip.
Menyemak kerja yang telah siap untuk memastikan ejaan, tatabahasa, tanda baca, dan format yang betul.
Mengumpul dan menyusun bahan untuk ditaip berdasarkan arahan yang diberikan.
Memfail dan menyimpan dokumen yang siap di dalam perkakasan komputer atau cakera, atau mengatur sistem pemfailan komputer untuk menyimpan, mendapatkan semula, atau mengemaskini dokumen.
Mengambil catatan dan merekodkan hal lain dengan trengkas.
Membuat fotokopi, dan menjawab telefon, atau menyambut pelanggan.
Menyalin semula maklumat yang dicatat dengan trengkas dan direkod dengan peralatan rakaman suara.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.