Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3719
Bandingkan
Profesional Bersekutu Badan Pengawalaturan yang Tidak dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan unit ini merangkumi Profesional Bersekutu Badan Pengawalaturan yang Tidak dikelaskan di Mana-mana dalam Kumpulan Kecil 371: Profesional Bersekutu Badan Pengawalaturan. Sebagai contoh, kumpulan ini termasuk pegawai lain-lain pangkat Penguatkuasa Maritim Gred T5, Inspektor Harga, Inspektor Kebakaran dan Keselamatan dan Inspektor Timbang dan Sukat.
Tugasan
Mentafsir dan menerangkan prosedur peraturan, dan undang-undang yang berkaitan.
Pencegahan dan penguatkuasaan penyalahgunaan kuasa.
Menyiasat penipuan.
Menguatkuasakan prosedur, peraturan, dan undang-undang.
Bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat/ kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan ke majikan- majikan/ perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan
Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.