Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3719-06
Bandingkan
Penolong Pegawai Siasatan Gred P7 menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara.
Tugasan
Menjalankan siasatan di bawah APR 1997 dan AMLATFA 2001 termasuk aduan, temubual, operasi pembongkaran, OTT, soal siasat dan penyitaan dokumen/harta.
Melaksanakan money trail, asset tracing, forensik perakaunan, kejuruteraan, ICT dan siber serta memberikan laporan dan keterangan pakar di Mahkamah.
Menyediakan fakta kes, summary of evidence, prosecution brief, LBPR, menyokong pendakwaan di Mahkamah Rendah dan Tinggi serta memberi nasihat perundangan.
Menyampaikan ceramah pencegahan rasuah, menyelaras program, aktiviti sekolah, IPTA/IPTS dan masyarakat untuk penerapan integriti.
Mengkaji dan menilai amalan, sistem, tatacara jabatan kerajaan untuk mencegah rasuah, memberi nasihat serta memantau pelaksanaan cadangan.
Mengumpul dan menganalisis data untuk dibuat pemeriksaan dan membangunkan pangkalan data yang ada kaitan dengan sistem dan tatacara sesebuah jabatan kerajaan.
Menyelaras kursus, latihan forensik, latihan sandaran antarabangsa, kursus asas BPR, serta menyelia fasilitator dan peralatan latihan.
Memberi bantuan kepada agensi pencegahan rasuah tempatan dan antarabangsa, menyempurnakan sapina, waran tangkap dan perintah Mahkamah berkaitan.
Mengurus pendaftaran rahsia rasmi, kawalan dokumen, kad akses, kunci keselamatan dan keselamatan fizikal pejabat.
Mengurus penugasan pegawai, melaksanakan arahan atasan, membantu Ketua Unit/Cawangan dan bertugas semasa sesi Parlimen.
Kemahiran
Asas
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menganalisis isu.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Khusus
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menganalisis isu.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Specialised skills such as engineering, accounting, and ICT.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.