Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3711
Bandingkan
Profesional Bersekutu Inspektor Kastam dan Sempadan
Profesional Bersekutu Inspektor Kastam dan Sempadan membantu memeriksa orang dan kenderaan yang melintasi sempadan negara untuk mentadbir dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang kerajaan yang berkaitan.
Tugasan
Memeriksa permohonan imigresen, visa, dan pasport serta menemu duga orang untuk menentukan kelayakan untuk masuk, tinggal, dan melancong di dalam negara.
Menahan orang yang didapati melanggar undang-undang kastam dan imigresen serta mengatur tindakan undang-undang seperti penghantaran pulang.
Mencari dan merampas seludupan atau barangan yang tidak diisytiharkan termasuk dalam kenderaan, pesawat udara, atau bot yang mengandungi barangan seumpamanya.
Mentafsir dan menerangkan undang-undang dan peraturan kepada pelancong, bakal pendatang, penghantar muatan pengurus perkapalan, dan pengilang.
Mengutip sampel dagangan untuk pemeriksaan, penilaian, atau ujian.
Memeriksa kargo, bagasi, dan barang peribadi yang memasuki atau meninggalkan negara.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.