- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
36
Profesional Bersekutu Sosial, Kebudayaan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
364
Profesional Bersekutu Kulinari
Kumpulan Unit
3641
Jurumasak
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3641-04
Bandingkan
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C5
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C5 bertanggungjawab dalam pengurusan penyediaan makanan, merancang perbelanjaan, merancang menu, menyelia pengendalian makanan termasuk kebersihan dan keselamatan makanan.
Perolehan bahan makanan mentah basah/ kering, peralatan dapur, pengurusan penyimpanan stor makanan mentah basah/ kering serta memantau penyelengaraan peralatan dapur dan kebersihan kawasan persekitaran premis penyediaan makanan.
Memberi khidmat nasihat dalam pembangunan perkhidmatan makanan, perancangan premis dan peralatan dapur serta khidmat kepakaran analisis dan kawalan yang berkaitan dengan penyediaan makanan.
Tugasan
Menyemak pesanan dan memeriksa makanan mentah/basah/ kering dari pembekal untuk memastikan kuantiti dan kualiti mengikut pesanan, spesifikasi kontrak dan Akta Makanan.
Mengagihkan dan menyimpan makanan mengikut menu, resepi piawai serta tatacara penyimpanan yang betul, bersih dan selamat.
Menyelia penyediaan diet normal dan terapeutik, termasuk pemotongan, cara penyediaan, pengujian rasa dan penghidangan mengikut pesanan wad dan jadual waktu.
Memeriksa penghidangan dalam sistem centralised plating, melabelkan tray individu dan memastikan tray lengkap sebelum dimasukkan ke dalam troli.
Menyelia kebersihan dan keselamatan peralatan, tempat kerja, stor dan persekitaran, serta mematuhi prosedur dan polisi keselamatan jabatan.
Menyelia tugas Tukang Masak, memastikan kepatuhan kepada peraturan, pakaian seragam, kehadiran dan penggunaan sarung tangan dan topeng muka pada masa penyediaan makanan.
Menyediakan senarai bilangan setiap jenis diet untuk disediakan dan label diet serta memastikan arahan kerja harian diberi kepada Tukang Masak.
Memberi latihan dan pendidikan berterusan kepada Tukang Masak berkenaan penyediaan makanan pesakit.
Memastikan setiap proses kerja dilaksanakan dengan betul, berkualiti dan mengikut arahan pekeliling, serta mengambil tindakan jika timbul masalah.
Melaksanakan kajian kepuasan pelanggan atau kajian berkaitan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat serta membuat keputusan dengan tepat dan cepat.
Berkebolehan menyediakan kertas kerja dan laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam pengendalian komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.