Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3632-08
Bandingkan
Eksekutif Fit Out mengurus dan menyelia reka bentuk dalaman dan pemasangan ruang komersial, perindustrian, runcit atau kediaman dari perancangan hingga siap. Mereka bekerjasama dengan kontraktor, pereka, perunding dan pelanggan untuk memastikan projek memenuhi spesifikasi reka bentuk, garis masa, bajet dan piawaian kualiti, di samping mengambil bahagian dalam pembinaan, perolehan, hiasan dan bahan visual yang berkaitan untuk menghasilkan bahagian dalaman yang berfungsi dan koheren dari segi estetik.
Tugasan
Menyemak dan mentafsir pelan reka bentuk dalaman serta lukisan seni bina, serta menentukan penyelesaian reka bentuk melalui perundingan dengan pelanggan dan analisis keperluan fungsi.
Menyelaras jadual kerja fit-out bagi memastikan projek disiapkan tepat pada masanya.
Menyelia kontraktor dan vendor serta memeriksa kerja di tapak secara berkala untuk memastikan kualiti, pematuhan standard, peraturan dan keselamatan.
Mengurus bajet projek dan pengurusan perolehan bahan bagi memastikan pelaksanaan yang kos efektif serta penghantaran tepat masa.
Berhubung dengan pelanggan untuk memahami keperluan dan mendapatkan maklum balas terhadap cadangan reka bentuk.
Menyelesaikan isu di tapak dengan cekap bagi memastikan kelancaran projek dan mengelakkan gangguan.
Membangunkan konsep hiasan dalaman dan merancang susun atur perabot untuk ruang komersial, kediaman dan awam.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi yang berkesan untuk menyelaras dengan kontraktor, pelanggan dan ahli pasukan.
Kemahiran menyelesaikan masalah untuk menangani dan menyelesaikan isu tapak dengan cekap.
Ketelitian terhadap perincian untuk memeriksa kualiti kerja dan memastikan pematuhan terhadap piawaian reka bentuk dan keselamatan.
Pemahaman asas tentang konsep reka bentuk dalaman dan proses pembinaan untuk menyokong pelaksanaan projek.
Pengurusan masa untuk mengutamakan tugasan dan memenuhi tarikh akhir.
Khusus
Kemahiran dalam membaca dan mentafsir lukisan pembinaan serta pelan teknikal.
Kemahiran dalam pembangunan visualisasi dan penggunaan alat reka bentuk grafik untuk pembentangan dan dokumentasi reka bentuk.
Kompetensi dalam pengurusan bajet, proses perolehan dan kawalan kos bagi projek fit-out.
Kompetensi dalam penyelarasan pasukan pelbagai disiplin bagi pelaksanaan projek.
Pengetahuan dalam pemilihan dan penggunaan bahan serta kemasan pembinaan.
Pengetahuan dalam prinsip reka bentuk dalaman untuk keperluan fungsi dan estetika.
Pengetahuan dalam susun atur Mechanical and Electrical (M&E) bagi perancangan projek.
Pengetahuan mengenai pematuhan kod bangunan tempatan dan peraturan keselamatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.