- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
36
Profesional Bersekutu Sosial, Kebudayaan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
363
Profesional Bersekutu Kesenian dan Kebudayaan
Kumpulan Unit
3631
Jurugambar
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3631-03
Bandingkan
Jurufotografi Gred B5 bertanggungjawab mengambil foto, mengedit, menyediakan caption dan menghantar foto aktiviti rasmi dan tidak rasmi negara ke Unit Perpustakaan Foto untuk rujukan dan simpanan koleksi warisan negara. Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas, menyediakan peralatan, menjaga kebersihan studio dan bilik gelap serta menjaga keselamatan peralatan di dalam dan di luar jabatan.
Tugasan
Membantu menyelia Jurufotografi B2 dan B1.
Membuat liputan foto rasmi bagi liputan dalam negeri (berjadual dan tidak berjadual) untuk keperluan foto akhbar, foto kreatif/ rencana dan foto studio.
Menyunting foto, menyedia caption dan menghantar dalam bentuk cd ke Unit Perpustakaan.
Membantu menyediakan maklumat dan perangkaan hasil kerja.
Menyediakan cadangan pembelian peralatan Unit Reprografi.
Menyediaka senarai keperluan stok bahan-bahan untuk tujuan perancangan belanjawan tahunan dan pembelian.
Mengawal dan menyelenggara stok keperluan bahan-bahan.
Bertanggungjawab bertindak atas laporan kerosakan dan kehilangan alat kelengkapan.
Menerima dan mendaftar kerja reprografi serta menyediakan costing bagi perkhidmatan mikro filem.
Membuat pembahagian kerja kepada Jurufotografi B2 dan B1 untuk kerja-kerja reprografi.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan bekerja dalam pasukan serta merancang dan mengurus kerja.
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan mengurus hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.
Mempunyai kemahiran asas komunikasi dan interpersonal serta berkebolehan menggunakan aplikasi ICT.
Khusus
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Berkemahiran dalam mengendalikan kamera SLR dan asas video kamera.
Mampu mengendalikan peralatan kamera serta berpengetahuan dalam pencahayaan studio dan latar belakang.
Mempunyai pengetahuan dalam etika fotografi termasuk protokol, tatasusila dan etika pakaian.
Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan katalog media termasuk pengkelasan dan pengindeksan.
Mempunyai pengetahuan dalam penyimpanan bahan dan penyelenggaraan stor.
Mempunyai pengetahuan dalam percetakan gambar dan jenis filem.
Mempunyai pengetahuan dalam teknik fotografi termasuk fotografi luar dan studio.
Mempunyai pengetahuan dalam teknologi media termasuk manual, automatik, analog dan digital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.