- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
36
Profesional Bersekutu Sosial, Kebudayaan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
361
Profesional Bersekutu Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
3611
Profesional Bersekutu Kerja Sosial
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3611
Bandingkan
Profesional Bersekutu Kerja Sosial
Profesional Bersekutu Kerja Sosial memberi bimbingan kepada pelanggan dan melaksanakan program-program bantuan sosial dan khidmat masyarakat dan membantu pelanggan dalam pengurusan masalah peribadi dan sosial.
Tugasan
Mengumpulkan maklumat yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan serta menasihati mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka.
Menganalisis keperibadian pelanggan dan mengemukakan pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Merancang, menilai, menambah baik dan membangunkan perkhidmatan kebajikan.
Membantu mencegah penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga dan membantu orang cacat anggota atau akal mendapatkan rawatan yang mencukupi dan meningkatkan kemampuan mereka untuk bergaul dalam masyarakat.
Membantu orang kurang upaya atau warga tua untuk mendapatkan perkhidmatan dan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam masyarakat.
Menyusun rekod kes dan menyediakan laporan sebagaimana yang diperlukan.
Menyediakan krisis intervensi dan perkhidmatan perlindungan kecemasan.
Menjalankan bengkel kemahiran hidup, program rawatan penyalahgunaan bahan, program pengurusan tingkah laku, program perkhidmatan belia dan masyarakat dan program perkhidmatan sosial di bawah pengawasan pekerja sosial atau profesional penjagaan kesihatan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3611-01
Pekerja Sosial
3611-02
Pegawai Kebajikan (Industri)
3611-03
Pegawai Parol (Profesional Bersekutu)
3611-04
Pegawai Perunding Cara (Profesional Bersekutu)
3611-05
Pekerja Sosial (Perubatan)
3611-06
Pekerja Pembangunan Masyarakat
3611-07
Pekerja Khidmat Masyarakat
3611-08
Pekerja Belia
3611-09
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
3611-10
Penolong Pegawai Psikologi Gred S5
3611-11
Penolong Pegawai Antidadah Gred S5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.