Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3343
Bandingkan
Setiausaha Pentadbiran dan Eksekutif
Setiausaha Pentadbiran dan Eksekutif menjalankan dan membantu aktiviti komunikasi, dokumentasi, dan penyelarasan aktiviti pengurusan dalaman unit organisasi untuk membantu ketua unit dan anggota kakitangan lain dan/ atau menyediakan surat-menyurat, laporan dan rekod prosiding dan dokumentasi khas lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merangka surat-menyurat dan minit mesyuarat.
Mendapatkan, mencadangkan, dan memantau tarikh akhir dan tarikh susulan.
Menyaring permintaan mesyuarat, menyusun jadual, dan mengatur mesyuarat dan jadual perjalanan ketua unit dan anggota kakitangan lain.
Membantu menyediakan bajet, memantau perbelanjaan, menggubal kontrak, dan membeli atau mengambil pesanan.
Membantu ketua unit dan kakitangan lain berhubung dengan pertanyaan pentadbiran atau ciri organisasi.
Berhubung dengan kakitangan lain tentang pelbagai perkara berkaitan dengan operasi organisasi.
Menulis dan menjawab surat perniagaan atau teknikal dan surat-menyurat lain yang seumpamanya.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.