Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3341
Bandingkan
Profesional Bersekutu Pentadbiran
Profesional Bersekutu Pentadbiran menjalankan tugas-tugas pentadbiran di peringkat Kumpulan Sokongan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyelaras, menetapkan, dan menyemak kerja kerani yang terlibat dalam tugas berikut: pemprosesan kata, penyimpanan rekod dan pemfailan.
Pengendalian telefon dan papan suis.
Kemasukan data.
Penerbitan berkomputer, dan aktiviti lain yang melibatkan pejabat am dan kemahiran pentadbiran.
Menetapkan jadual dan prosedur kerja dan menyelaraskan aktiviti dengan unit atau jabatan lain.
Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja serta menyediakan dan mengemukakan laporan kemajuan dan laporan lain.
Melatih dan mengarahkan kakitangan dalam kerja, prosedur keselamatan dan dasar syarikat, atau mengatur latihan yang akan disediakan.
Menilai prestasi kerja kakitangan dan pematuhan peraturan, dan menyarankan tindakan personel yang wajar.
Bertanggungjawab kepada yang DiPertua Dewan Negara, Setiausaha Dewan Negara (SUD), Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) dan Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Dewan (KPSU).
Mengambil, menemu duga, dan memilih kakitangan .
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.