- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
334
Profesional Bersekutu Pentadbiran dan Terkhusus
Kumpulan Unit
3341
Profesional Bersekutu Pentadbiran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3341-04
Bandingkan
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E5
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E5 bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan operasi aktiviti- aktiviti dan program pembangunan pemasaran, pembangunan tani dan tanaman integrasi, pengawalan kualiti dan keselamatan, pengurusan stor,perdagangan domestik dan eksport, pemprosesan dan pembangunan produk, penguatkuasaan undang-undang menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan, merancang peruntukan kewangan dan menyediakan laporan aktiviti yang berkaitan.
Tugasan
Mengadakan kursus, ceramah, lawatan dan bimbingan untuk komuniti pekebun.
Merancang, membangun dan memajukan projek tembakau, kenaf, dan integrasi tanaman/ternakan.
Melaksanakan pemasaran, dagangan, eksport, pembungkusan, invois dan hubungan dengan pembeli luar negara.
Menjalin kerjasama dengan kerajaan, agensi, pengilang dan pihak industri untuk teknologi, bantuan teknikal, dan pembangunan.
Mengurus pejabat, bangunan, aset, inventori, kenderaan, kebersihan, keselamatan, perolehan, dan kewangan.
Membantu mengumpul maklumat dalam penyediaan kajian dasar dan perancangan strategik sumber manusia organisasi.
Memproses, memantau dan menyediakan laporan geran dan pembiayaan Geran Promosi Jenama (BPG), Geran Pembangunan Pasaran (MDG), MTOP & WTOP (Men and Women Trade Outreach Programme) serta lawatan pemantauan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam bidang komputer.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang kewangan, perundingan dan perangkaan.
Berkebolehan menganalisa laporan ekonomi, statistik dan ramalan pasaran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.