Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3313-07
Bandingkan
Penolong Akauntan Gred W5 membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
Tugasan
Membuat pemantauan ke atas urus niaga Akaun Deposit Kementerian/Jabatan.
Menyemak dan menandatangani baucer bayaran manual dan dokumen-dokumen cek terbatal.
Melaksanakan penggunaan Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik (e-SPKB).
Membantu dalam penyediaan Laporan Akaun Vot Bulanan.
Menyediakan Laporan Prestasi Perbelanjaan Jabatan setiap bulan.
Membantu penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus Jabatan.
Memastikan urusan terimaan dan pembayaran jabatan diakaunkan dengan tepat.
Kemahiran
Asas
Cekap dalam menentukan dan menyediakan laporan kewangan terutamanya berkaitan pindahan peruntukan dan belanjawan.
Kemahiran berkomunikasi dengan baik sesama rakan sejawat dan pelanggan.
Khusus
Pengetahuan dalam waran, pengkodan serta perakaunan bagi hasil dan perbelanjaan.
Pengetahuan, kefahaman dan kemahiran perakaunan kewangan yang tinggi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.