- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
331
Profesional Bersekutu Kewangan dan Matematik
Kumpulan Unit
3312
Pegawai Kredit dan Pinjaman
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3312
Bandingkan
Pegawai Kredit dan Pinjaman
Pegawai Kredit dan Pinjaman menganalisis dan menilai maklumat kewangan permohonan kredit dan pinjaman, dan menentukan untuk meluluskan atau tidak, atau menyarankannya untuk diluluskan atau tidak diluluskan oleh pihak pengurusan.
Tugasan
Menemu duga pemohon untuk pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman pelajar, dan pinjaman perniagaan.
Mengemukakan permohonan kredit dan pinjaman kepada pihak pengurusan dengan menyarankannya untuk diluluskan atau ditolak.
Menyimpan rekod pembayaran, dan menyediakan surat bagi meminta bayaran untuk akaun yang tertunggak dan memanjangkannya untuk tindakan undang-undang.
Menyiapkan dokumen kredit dan pinjaman.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.