- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
325
Profesional Bersekutu Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
3256
Pembantu Perubatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3256-01
Bandingkan
Pembantu Makmal Perubatan
Pembantu Makmal Perubatan menjalankan fungsi sokongan penting dalam makmal klinikal atau penyelidikan, membantu profesional kesihatan dan perubatan dengan pengumpulan spesimen, penyediaan sampel dan ujian asas. Mereka menjalankan tugas pentadbiran, mengekalkan kebersihan makmal dan pensterilan peralatan serta memastikan pematuhan kepada protokol keselamatan untuk menyokong penjagaan pesakit yang tepat dan cekap.
Tugasan
Mengumpul dan melabel sampel pesakit termasuk darah, air kencing dan tisu.
Menyedia, memproses dan mengendalikan spesimen untuk analisis makmal.
Melaksanakan ujian makmal asas di bawah penyeliaan.
Membantu ahli teknologi perubatan dan ahli patologi dalam prosedur makmal rutin.
Merekod dan memasukkan data ujian dengan tepat ke dalam Laboratory Information System (LIS).
Menyelenggara, membersih dan mensteril peralatan makmal serta memastikan pematuhan terhadap kawalan jangkitan dan keselamatan makmal.
Menyokong aktiviti pendidikan kesihatan asas kepada pesakit dan individu di bawah penyeliaan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerjasama dalam pasukan dan mengikuti arahan.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi untuk mengendalikan tugas dengan cekap.
Komunikasi yang berkesan dalam bentuk lisan dan bertulis.
Literasi komputer asas, termasuk kemasukan data dan sistem makmal.
Perhatian terhadap perincian dan asas pengiraan untuk kerja makmal yang tepat.
Khusus
Kemahiran dalam mengendalikan dan menyelenggara peralatan makmal seperti centrifuge dan mikroskop.
Kemahiran dalam pengurusan data makmal termasuk rekod tepat dan penggunaan Laboratory Information Systems (LIS).
Kemahiran dalam teknik flebotomi dan pengambilan darah.
Kompetensi dalam menyokong analisis makmal rutin di bawah penyeliaan.
Kompetensi dalam pengendalian, pemprosesan dan penyimpanan spesimen.
Kompetensi dalam pensterilan, kawalan jangkitan, bioselamat dan pengurusan sisa berbahaya.
Pengetahuan mengenai peraturan keselamatan makmal dan keperluan pematuhan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.