- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
322
Profesional Bersekutu Kejururawatan dan Perbidanan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3221
Bandingkan
Profesional Bersekutu Kejururawatan (Kecuali Pergigian)
Profesional Bersekutu Kejururawatan (Kecuali Pergigian) menyediakan rawatan asas dan penjagaan peribadi bagi orang-orang sakit fizikal atau mental, kurang upaya atau uzur, dan lain-lain yang memerlukan penjagaan disebabkan risiko kepada kesihatan.
Tugasan
Menyediakan penjagaan kejururawatan, rawatan, dan nasihat kepada orang yang sakit, cedera, hilang upaya, dan orang lain yang memerlukan penjagaan yang seumpamanya.
Membantu doktor perubatan dalam tugas mereka, memberi ubatan menggunakan pembalut pembedahan dan memberi rawatan lain di bawah arahan doktor perubatan.
Membantu memberi rawatan pertolongan cemas sewaktu kecemasan.
Membantu menyediakan rawatan fizikal dan psikiatri kepada pesakit mental.
Membantu menyediakan penyesuaian, perkembangan, dan pendidikan sosial kepada orang yang cacat akal atau anggota.
Menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit di rumah mereka.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.