Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3221-02
Bandingkan
Jururawat Gred U5 bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.
Tajuk Alternatif
Jururawat Pendaftaran
Tugasan
Menjalankan rawatan pesakit mengikut pelan, memantau kemajuan, dan mendokumenkan kesan sampingan.
Memberi perhatian kepada keperluan fizikal dan psikososial pesakit serta mengurus ubat dan suntikan mengikut masa.
Memberi orientasi pesakit baru, pendidikan kesihatan, dan discharge care plan termasuk makanan dan aliran intravena.
Merekod carta imbangan, memerhati vital signs, dan memberi rawatan kecemasan sebelum doktor tiba.
Membantu doktor semasa pemeriksaan, menyediakan pesakit untuk prosedur, dan mengumpul sampel makmal.
Memastikan perawatan selamat, alat dibersihkan, dan pengawalan jangkitan dipatuhi.
Mengendalikan ubat/suntikan mengikut peraturan.
Menjalankan perawatan mengikut piawaian, mendokumentasi data dengan tepat, dan membuat penambahbaikan.
Menggalakkan penyusuan ibu dan mendidik pesakit tentang penjagaan kesihatan.
Mengawasi keselamatan pesakit, kawal pelawat, dan menyerahkan bayi/kanak-kanak kepada penjaga sah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.