- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
321
Juruteknik Perubatan dan Farmaseutikal
Kumpulan Unit
3214
Juruteknik Perubatan dan Prostetik Pergigian
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3214
Bandingkan
Juruteknik Perubatan dan Prostetik Pergigian
Juruteknik Perubatan dan Prostetik Pergigian mereka bentuk, menyesuai, menservis dan membaiki alat-alat dan peralatan perubatan dan pergigian mengikuti preskripsi atau arahan yang ditetapkan oleh profesional kesihatan. Mereka boleh membuat gigi palsu separa atau penuh, inlays, bridges dan crowns daripada vulkanit logam atau plat komposisi lain daripada lilin atau cetakan plaster.
Tugasan
Berbincang dengan pengamal perubatan dan pergigian untuk merangka spesifikasi dan preskripsi peranti dan peralatan.
Membuat cetakan khas seperti yang ditetapkan oleh pakar pergigian dan menyediakan plaster cast untuk rahang atas dan bawah daripada cetakan lilin.
Membentuk vulkanit logam atau plat plastik untuk gigi palsu dan mengeset gigi palsu di dalam plat.
Memproses gigi palsu di dalam resin akrilik atau logam dan bridges mengikut cetakan yang diambil.
Membentuk gigi porselin dan crowns dan membaik pulih atau membuat tambahan pada gigi palsu sedia ada.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.