- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
321
Juruteknik Perubatan dan Farmaseutikal
Kumpulan Unit
3212
Juruteknik Makmal Perubatan dan Patologi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3212-01
Bandingkan
Juruteknik Ekologi menjalankan kerja lapangan untuk mengumpul dan memantau data alam sekitar dan ekologi, termasuk pemerhatian tanah, air, udara dan hidupan liar. Mereka menyokong penyelidikan, membantu dalam analisis dan pelaporan data serta memastikan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar, menyumbang kepada pemuliharaan dan pengurusan sumber asli yang mampan.
Tugasan
Menjalankan tinjauan lapangan dan penilaian ekologi untuk mengumpul data alam sekitar dan biodiversiti.
Mengumpul, menyediakan dan menganalisis sampel alam sekitar termasuk tanah, air dan udara.
Memantau populasi hidupan liar, habitat dan keadaan ekologi di kawasan lapangan.
Menyediakan, membersihkan, menentukur dan menyelenggara peralatan makmal dan lapangan serta instrumen saintifik.
Menjalankan analisis kimia dan makmal untuk menilai kualiti alam sekitar.
Merekod, mengatur dan menganalisis data lapangan dan makmal bagi menyokong kajian ekologi.
Membantu dalam penyediaan laporan alam sekitar, dokumentasi teknikal dan hasil penyelidikan.
Menyokong Environmental Impact Asessments (EIA) dan kajian alam sekitar berkaitan.
Bekerjasama dengan saintis alam sekitar dan penyelidik dalam aktiviti pemantauan dan penyelidikan ekologi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja secara berdikari dan kolaboratif dalam pasukan.
Kecergasan fizikal untuk kerja lapangan dalam persekitaran yang pelbagai.
Kemahiran dalam pengumpulan data dan penyimpanan rekod.
Kemahiran komunikasi yang baik untuk pelaporan dan penyelarasan.
Kemahiran pemerhatian dan analisis yang kukuh.
Khusus
Kemahiran dalam Geographic Information Systems (GIS) dan alat pemetaan alam sekitar.
Kemahiran dalam mengendalikan peralatan pensampelan lapangan dan peranti Global Positioning System (GPS).
Kemahiran dalam penyediaan laporan saintifik dan teknikal.
Kemahiran dalam teknik pemulihan habitat dan pemuliharaan.
Kompetensi dalam menyokong projek penyelidikan ekologi dan pengurusan alam sekitar.
Kompetensi dalam pengumpulan, analisis dan interpretasi data ekologi dan alam sekitar.
Kompetensi dalam penilaian tapak alam sekitar dan teknik pemantauan ekologi.
Pengetahuan dalam pematuhan undang-undang dan peraturan alam sekitar.
Pengetahuan dalam prinsip ekologi dan alam sekitar yang diaplikasikan dalam kerja lapangan dan makmal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.