- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
321
Juruteknik Perubatan dan Farmaseutikal
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3211
Bandingkan
Juruteknik Kelengkapan Pengimejan Perubatan dan Terapeutik
Juruteknik Kelengkapan Pengimejan Perubatan dan Terapeutik menguji dan mengendalikan alat radiografi, ultrabunyi dan lain-lain peralatan perubatan pengimejan untuk menghasilkan imej badan untuk tujuan diagnostik dan rawatan kecederaan, penyakit dan kecacatan lain. Mereka boleh menjalankan rawatan radiasi kepada pesakit di bawah pengawasan pakar radiologi atau profesional kesihatan lain.
Tugasan
Mengendalikan peralatan radiografi termasuk mengambil gambar X-Ray, menjalankan prosedur radiologi menggunakan peralatan umum X-ray dan juga mesin pengimbas MRI dan CT sama ada yang dijalankan di wad, teater pembedahan serta bahagian kemalangan yang menggunakan alat X-ray bergerak.
Menjelaskan prosedur, memerhati dan memposisikan pesakit, dan menggunakan alat-alat perlindungan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semasa pemeriksaan, imbasan, atau rawatan.
Mengesan dan memeta radiofarmaseutikal atau radiasi dalam badan pesakit, menggunakan radioisotop, kamera atau peralatan lain untuk mendiagnosis dan merawat penyakit.
Menetapkan posisi radas dan peralatan yang diperlukan.
Menyelenggara makmal agar berada dalam keadaan bersih dan kemas.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.