Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3161
Bandingkan
Profesional Bersekutu Penyelidikan dan Pembangunan Nuklear
Profesional Bersekutu Penyelidikan dan Pembangunan Nuklear mengumpul dan menguji sampel ujian untuk memantau keputusan uji kaji nuklear serta pencemaran kepada manusia, kemudahan, dan alam sekitar.
Tugasan
Membantu ahli sains untuk membangunkan konsep, teknologi, dan strategi baru untuk menambah baik teknologi nuklear.
Mengendalikan kelengkapan yang digunakan untuk pelepasan, kawalan, dan penggunaan tenaga nuklear untuk membantu ahli sains di makmal.
Mereka bentuk, menyelaras dan mengawal aspek teknikal sesuatu projek.
Menganalisis keputusan ujian.
Memastikan bahan dan larutan kimia yang diperlukan tersedia.
Menjaga makmal agar berada dalam keadaan bersih dan kemas.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.