Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3134
Bandingkan
Operator Loji Penapisan Petroleum dan Gas Asli
Operator Loji Penapisan Petroleum dan Gas Asli mengendalikan dan mengawasi loji yang menapis, menyuling, dan merawat petroleum, produk berasaskan petroleum, dan produk sampingan atau gas asli.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengendalikan panel kawalan elektronik atau berkomputer untuk memantau dan mengoptimumkan proses fizikal dan kimia bagi beberapa unit pemprosesan.
Mengendalikan dan mengawasi peralatan untuk mendapatkan oksigen dan nitrogen daripada udara untuk kegunaan perindustrian dan terapeutik.
Mengendalikan dan mengawasi loji tempat sulingan tekanan dan gas yang tidak termeluwap dirawat.
Mengendalikan dan mengawasi pam yang mengedarkan produk petroleum atau air dan larutan kimia melalui loji penapisan.
Mengendalikan dan mengawasi panel kawalan di loji penapisan petroleum.
Mengendalikan dan mengawasi radas penyulingan yang menyuling atau menapis produk petroleum.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang mengadun petrol dengan bahan kimia dan bahan tambah yang lain.
Mengendalikan dan mengawasi mesin yang menapis atau merawat gas asli.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.