Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3123
Bandingkan
Penyelia Pembinaan
Penyelia Pembinaan menyelaras, menyelia dan menyusun jadual pekerja yang terlibat dalam aktiviti pembinaan, serta pembaikpulihan bangunan dan struktur.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membaca spesifikasi untuk menentukan keperluan pembinaan dan merancang prosedur.
Menyusun dan menyelaras bahan dan pekerja yang diperlukan untuk menyiapkan kerja.
Memantau dan memeriksa kemajuan kerja.
Memeriksa kelengkapan dan tapak pembinaan untuk memastikan keperluan kesihatan dan keselamatan dipatuhi.
Menyelia tapak pembinaan dan menyelaraskan kerja dengan projek pembinaan lain.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.