- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3118
Pelukis Pelan dan Juruteknik Ukur
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3118
Bandingkan
Pelukis Pelan dan Juruteknik Ukur
Pelukis Pelan dan Juruteknik Ukur menyediakan lukisan, peta dan ilustrasi teknikal daripada lakaran, ukuran dan data lain serta menyalin lukisan ke atas plat cetak.
Tugasan
Menyedia dan menyemak lakaran kerja lukisan dan spesifikasi yang dibuat oleh jurutera dan pereka bagi pembuatan, pemasangan, dan ereksi peralatan dan mesin, atau untuk pembinaan, modifikasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan bangunan, empangan, jambatan, jalanraya dan lain-lain projek seni bina dan kejuruteraan awam.
Menyurih dan menyediakan lukisan-lukisan (pelan dengan penentuan-penentuan yang lengkap mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Melaksanakan kerja-kerja lapangan untuk pengumpulan maklumat tapak projek dan lapangan, surihan untuk penyediaan pelan landskap dan lukisan kerja pembinaan landskap, penyediaan lukisan ilustrasi projek dan cadangan pembangunan landskap.
Membantu menjalankan kerja-kerja pengurusan projek pembangunan landskap, melaksana kerja- kerja lapangan bagi pengurusan dan penyelenggaraan landskap dan melaksanakan kerja-kerja merekod dan dokumentasi bagi pelaksanaan pembangunan landskap.
Menjalankan kajian tapak (kegunaan tana, soal-selidik sosioekonomi, menyediakan pelan dasar, landskap, kajian kampung dan memberi maklumat guna tanah.
Mengendalikan digitizing table atau kelengkapan yang seumpamanya untuk memindahkan salinan cetak lukisan kerja, peta, dan keluk lain ke dalam bentuk digital.
Mengambil data topografi dalam bentuk analog atau digital dengan menggunakan alat stereo untuk menyediakan dan mengubah peta topografi, hidrografi, utiliti dan peta tematik lain.
Menyedia dan menyemak ilustrasi lukisan untuk digunakan sebagai rujukan, brosur, dan manual teknikal berkaitan dengan pemasangan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan jentera dan kelengkapan lain.
Menyalin lukisan ke atas batu atau plat logam untuk dicetak.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3118-01
Pelukis Pelan
3118-02
Juruteknik Geospatial
3118-03
Penolong Arkitek
3118-04
Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
3118-05
Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5
3118-06
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1
3118-07
Penolong Arkitek Landskap Gred JA5
3118-08
Penolong Pegawai Tanah Gred NT5
3118-09
Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Gred NT5
3118-10
Penolong Juruukur Gred JA5
3118-11
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA7
3118-12
Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.