- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3118
Pelukis Pelan dan Juruteknik Ukur
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3118-12
Bandingkan
Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1 bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain- lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.
Bertanggungjawab ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan, Permohonan Pelan Susun Atur, Permohonan Kelulusan Landskap, Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan. Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF), Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.
Tugasan
Membantu Arkitek memberi nasihat berkaitan seni bina, perancangan tapak, reka bentuk, bahan dan piawaian.
Menyediakan dokumen pelantikan, pemarkahan perunding, tuntutan yuran ikhtisas dan imbuhan balik perunding.
Memantau kerja perunding Seni Bina supaya pelan susun atur dan reka bentuk bangunan mematuhi peraturan kerajaan.
Menyelaras permohonan kelulusan perancangan, kelulusan bangunan dan kelulusan jabatan teknikal.
Menyelaras kerja pembinaan mengikut spesifikasi seni bina serta mengesahkan penggunaan bahan dan sistem bangunan.
Menyelaras permohonan perubahan kerja dan kemajuan skop kerja arkitek untuk tujuan bayaran tuntutan.
Menyelaras audit pembinaan, pemeriksaan akhir, dan laporan sebelum penyerahan projek.
Menyemak dan menyelaras ulasan reka bentuk bandar, seni bina, papan tanda, telekomunikasi dan landskap.
Menyelaras kerja pembinaan projek jabatan dari sudut reka bentuk bandar, seni bina dan reka bentuk dalaman.
Menyemak maklum balas penguatkuasaan perancangan dari aspek reka bentuk bandar dan seni bina bagi presint dan kawasan setempat.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3118-01
Pelukis Pelan
3118-02
Juruteknik Geospatial
3118-03
Penolong Arkitek
3118-04
Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
3118-05
Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5
3118-06
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1
3118-07
Penolong Arkitek Landskap Gred JA5
3118-08
Penolong Pegawai Tanah Gred NT5
3118-09
Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Gred NT5
3118-10
Penolong Juruukur Gred JA5
3118-11
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA7
3118-12
Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.