Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3112
Bandingkan
Juruteknik Kejuruteraan Awam menjalankan tugas-tugas teknikal dalam penyelidikan kejuruteraan awam dan reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan bangunan dan struktur lain seperti bekalan air dan sistem rawatan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengawasi dan menyediakan kerja-kerja pembinaan di tapak bina, memberi anggaran perbelanjaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan jalan termasuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan.
Menjalankan atau membantu dalam ujian ke atas tanah dan bahan binaan yang dilakukan di lapangan atau di makmal.
Memberi bantuan teknikal berhubung dengan pembinaan bangunan dan struktur lain serta kaji ukur atau penyelidikan laporan kaji ukur.
Memastikan pematuhan spesifikasi reka bentuk, perundangan dan peraturan yang berkaitan, memastikan standard bagi bahan dan kerja yang ditentukan.
Mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan pembinaan dan kejuruteraan awam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul.
Membantu menyediakan anggaran kuantiti dan kos bagi bahan serta buruh yang diperlukan untuk projek menurut spesifikasi yang ditetapkan.
Mengelolakan penyelenggaraan dan pembaikpulihan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.