- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3112
Juruteknik Kejuruteraan Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3112-13
Bandingkan
Juruteknik Operasi memastikan kelancaran fungsi dan penyelenggaraan peralatan, sistem dan proses merentasi pelbagai industri. Mereka menyediakan sokongan teknikal semasa pemasangan, pembinaan atau pelaksanaan projek, menjalankan pemeriksaan, melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan pencegahan, dan memastikan pematuhan dengan piawaian keselamatan dan kawal selia, menyokong kecekapan operasi, kawalan kualiti dan penyelarasan antara pasukan sepanjang projek atau kitaran hayat operasi.
Tugasan
Membantu dalam penyediaan dan penandaan kerja pembinaan berdasarkan lukisan dan spesifikasi kejuruteraan.
Menjalankan pemeriksaan rutin di tapak pembinaan, peralatan, dan sistem untuk memastikan fungsi yang betul dan pematuhan.
Mengambil ukuran yang tepat, merekod data tapak, dan menjalankan ujian lapangan atau makmal ke atas bahan.
Membantu dalam merancang dan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan termasuk tugas pencegahan, pembetulan, elektrik, dan mekanikal.
Memasang, mengkonfigurasi, dan menguji peralatan serta sistem baharu.
Memantau penggunaan bahan, menyelenggara inventori, dan memastikan pematuhan kepada standard kualiti.
Mematuhi dan menyokong pematuhan kepada peraturan keselamatan, kod bangunan, dan perundangan berkaitan.
Memberikan bantuan teknikal kepada jurutera, arkitek, dan kakitangan operasi.
Bekerjasama dengan pasukan kejuruteraan untuk menyelesaikan isu teknikal dan menambah baik sistem.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk membaca dan mentafsir lukisan teknikal dan pelan pembinaan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kuat.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi serta kebolehan untuk bekerja secara berdikri atau dalam pasukan, termasuk menjalankan tugas manual.
Memberi perhatian yang tinggi terhadap perincian serta mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah.
Pengetahuan asas mengenaik istilah pembinaan, peraturan keselamatan dan asas penggunaan komputer.
Khusus
Keakraban dengan perisian reka bentuk berbantu komputer seperti AutoCAD dan Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer (Computerised Maintenance Management Systems, CMMS).
Kecekapan dalam mengendalikan dan menyelenggara peralatan elektrik, mekanikal, dan pembinaan.
Kecekapan dalam penggunaan alat ukur dan ukur tanah seperti teodolit dan aras laser.
Kecekapan dalam penyelesaian masalah, pembaikan, dan penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrik.
Pengetahuan asas dalam penyelenggaraan mekanikal dan servis peralatan.
Pengetahuan dalam kod bangunan, piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta peraturan keselamatan.
Pengetahuan dalam mentafsir lukisan kejuruteraan dan seni bina, manual teknikal, dan pelan tindakan.
Pengetahuan dalam pengujian, kawalan kualiti, dan analisis kegagalan peralatan serta bahan pembinaan.
Pengetahuan dalam sistem pembinaan, elektrik, dan mekanikal termasuk pendawaian dan operasi teknikal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3112-01
Juruteknik Kejuruteraan Awam
3112-02
Penganggar Kejuruteraan Awam
3112-03
Pereka Kejuruteraan
3112-04
Penyelia Kejuruteraan Awam
3112-05
Juruteknik Mesin Penggerudian Terowong
3112-06
Inspektor Bangunan
3112-07
Juruteknik Geoteknik
3112-08
Inspektor Kebakaran
3112-09
Juruteknik Ukur
3112-10
Kontraktor Bangunan
3112-11
Juruteknik Instrumensi Proses
3112-12
Penolong Jurutera Awam
3112-13
Juruteknik Operasi
3112-14
Juruteknik Penyelenggaraan Fasiliti Bangunan Hijau
3112-15
Juruteknik Perobohan Bangunan
3112-16
Pembantu Jurutera Penyelenggaraan
3112-17
Pembantu Juruukur Bahan
3112-18
Juruteknik Penyelenggara Kebakaran
3112-19
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA5
3112-20
Penolong Juruukur Bahan Gred JA5
3112-21
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1
3112-22
Penolong Juruukur Bangunan Gred J5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.