Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3111-16
Bandingkan
Penolong Pegawai Sains Gred C5 membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan sains dan teknologi nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear. Penolong Pegawai Sains juga membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti makmal terutama dalam perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R & D) makmal.
Tugasan
Menyelia audit, penyelenggaraan, kalibrasi peralatan, analisis dan pengambilan sampel, prosedur makmal, belanjawan, projek penyelidikan perundangan serta membantu Pegawai Penyelidik dalam teknologi nuklear.
Mengekstrak DNA, analisis GMO, pendaftaran sampel, kalibrasi peralatan, validasi kaedah baharu, dokumentasi dan aktiviti OSH mengikut keperluan OHSAS 18001.
Menyelia pembangunan, penyelenggaraan, operasi galeri dan bahan pameran, perolehan bahan, khidmat nasihat, serta melaksanakan program kesedaran sains dan pameran tahunan.
Memeriksa dokumen, memantau sistem pengisytiharan, menjalankan rondaan, laporan dan teguran berkaitan kargo berbahaya serta tindakan susulan.
Menyelia operasi makmal, dokumen LQM, Sijil Analisa (COA), QC dan pengiraan Measurement Uncertainty (MU) serta memantau keputusan analisa mikrobiologi.
Menyelia operasi loji air, sistem pam, tangki, empangan, keselamatan tadahan air, kawalan mutu air, kerja kontraktor dan pelaporan perbelanjaan Unit Pengeluaran.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi dalam dwibahasa dengan semua peringkat.
Khusus
Berkemahiran mengendalikan dan menyelenggara peralatan makmal.
Keupayaan menyediakan laporan analisa sampel.
Mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.