- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
29
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
291
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2919-04
Bandingkan
Pegawai Siasatan Gred P13
Pegawai Siasatan Gred P13 menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara.
Tugasan
Menyediakan, meneliti, dan menyemak dan kertas siasatan di bawah APR 1997 dan AMLATFA 2001, termasuk pelucutan harta, draf pertuduhan, pernyataan saksi, OTT, dokumen penyediaan fakta kes, dan minit kertas siasatan.
Berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk izin mendakwa di bawah seksyen 50 Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Merancang, memantau dan menyelia aktiviti Cawangan Perisikan Khas, Cawangan Risik, Cawangan Intip, Cawangan Perlaksanaan Projek, Cawangan Kawalan Zon, Cawangan Perkhidmatan Teknik dan Cawangan Pentadbiran Perisikan, termasuk pengumpulan maklumat rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa.
Merancang, merangka dan menyelaras program penerangan, Pendidikan, dan perhubungan masyarakat.
Merancang, menyelia dan menilai aktiviti cawangan, menjalankan pemeriksaan amalan, sistem, dan tatacara jabatan kerajaan, memberi khidmat nasihat, serta menyediakan laporan berkala dan input untuk perisikan dan siasatan.
Menyelia dan menyediakan kertas perancangan strategik, draf Perintah Tetap Ketua Pengarah, arahan dan panduan, serta mengemaskini peruntukan undang-undang, menjalankan penyelidikan sosial dan kajian tahap rasuah.
Merancang dan menyelia kursus, seminar, bengkel, dan konvensyen antarabangsa.
Melaksanakan tugas berjadual, mengurus penugasan pegawai, dan membantu Ketua Unit/Ketua Cawangan mengawal selia aktiviti bahagian.
Bertugas di Parlimen dan menjalankan arahan pihak atasan.
Kemahiran
Asas
Memiliki ilmu pengetahuan dalam pengurusan latihan dan kursus.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai kemahiran untuk menganalisis isu.
Khusus
Memiliki kemahiran pengendalian senjata api dan keselamatan.
Mempunyai kemahiran khusus seperti kejuruteraan, perakaunan, ICT dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran menyiasat dan merisik.
Mempunyai kemampuan dalam mengendalikan kes-kes pendakwaan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan peraturan, dasar dan undang-undang.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Merancang dan menyelaras program berkaitan peningkatan kesedaran masyarakat dalam pencegahan rasuah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.