Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2919-02
Bandingkan
Pegawai Siasatan Gred P10
Pegawai Siasatan Gred P10 menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara.
Tugasan
Menganalisis, merancang dan menggubal dasar siasatan terbuka, menyelia siasatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam sektor swasta dan agensi kerajaan yang diswastakan, serta menyediakan laporan dan statistik Unit Forensik Akaun.
Memberi khidmat bantuan, perakaunan dan mengesan harta-harta yang disyaki hasil kegiatan rasuah (assets tracing), serta menyelaraskan rangkaian (networking) dengan agensi lain dalam dan luar negeri.
Menyelia dan mengurus risikan, intipan, projek, pengumpulan maklumat berkaitan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, dan merekrut, melatih, dan menyelia sumber maklumat sambilan yang berpotensi untuk menyumbangkan maklumat rasuah.
Merancang, merangka, menyelaras program pendidikan masyarakat, penerangan, penerbitan, pameran dan kajian keberkesanan program pencegahan rasuah.
Menyediakan kertas cadangan dan menjalankan pemeriksaan amalan, sistem dan tatacara jabatan kerajaan, meneliti laporan risikan, siasatan, BPA, audit, serta memberi khidmat nasihat dan pemantauan pelaksanaan cadangan.
Menjalankan pendakwaan di Mahkamah, meneliti keputusan Mahkamah Rendah, memberi pandangan sebagai pakar rujuk dan mengurus pentadbiran fail perbicaraan mahkamah.
Menyelaras kaji selidik pelajar institusi pengajian tinggi dan pelaksanaan Jawatankuasa Bersama Mencegah Rasuah (JBMR) di peringkat negeri.
Merancang dan menganjurkan kursus pencegahan rasuah, program latihan, kursus asas/kenaikan pangkat, latihan di pusat kerajaan, pengajian jarak jauh/universiti tempatan, dan penganjuran konvensyen antarabangsa.
Melaksanakan tugas berjadual dan diarahkan oleh pegawai atasan, mengurus penugasan pegawai, membantu Ketua Unit/Ketua Cawangan dan bertugas di Parlimen.
Kemahiran
Asas
Memiliki ilmu pengetahuan dalam pengurusan latihan dan kursus.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
Mempunyai kemahiran berunding.
Mempunyai kemahiran mempengaruhi.
Mempunyai kemahiran menulis laporan.
Mempunyai kemahiran untuk menganalisis isu.
Khusus
Memiliki kemahiran pengendalian senjata api dan keselamatan.
Mempunyai kemahiran khusus seperti kejuruteraan, perakaunan, ICT dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran menyiasat dan merisik.
Mempunyai kemampuan dalam mengendalikan kes-kes pendakwaan.
Mempunyai pengetahuan berkaitan peraturan, dasar dan undang-undang.
Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
Merancang dan menyelaras program berkaitan peningkatan kesedaran masyarakat dalam pencegahan rasuah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.