- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
29
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
291
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit
2916
Profesional Pegawai Sivil
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2916
Bandingkan
Profesional Pegawai Sivil
Profesional Pegawai Sivil menyelia dan menyiasat kes sivil dengan menguatkuasakan prosedur dan peraturannya.
Tugasan
Mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.
Mentafsir dan menerangkan prosedur, peraturan, dan undang-undang yang berkaitan.
Menyiasat penipuan.
Menguatkuasakan prosedur, peraturan dan undang-undang.
Menggubal dasar perburuhan, pentadbiran undang-undang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan, serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.
Mengurus tugas berkaitan keselamatan meliputi menjalankan latihan, memberi syarahan, menjalankan pemeriksaan keselamatan, menyiasat pelanggaran keselamatan dan kebocoran rahsia rasmi, menentukan sistem perkhidmatan anggota keselamatan dan sistem keselamatan sistem kawalan keselamatan peribadi.
Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard prosedur ditetapkan.
Melaksanakan dasar dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman, program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.