Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2916-06
Bandingkan
Pegawai Penguat Kuasa Maritim Gred T8 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat pengurusan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.
Tugasan
Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah undang- undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
Menyediakan dasar pandu arah dan melaksana dasar keselamatan Zon Maritim Malaysia.
Merancang pengurusan logistik dan perancangan operasi.
Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim, pengawasan udara dan pantai, pengawalan dan pencegahan pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik.
Memastikan kelancaran dan keberkesanan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan negara asing sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam. Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).
Memastikan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada agensi-agensi yang berkaitan disediakan dengan cekap dan berkesan.
Mengumpul dan menilai maklumat risikan keselamatan serta mencadangkan peningkatan keberkesanan operasi.
Memastikan kecekapan dan keberkesanan rondaan dan operasi maritim dan udara yang dijalankan di Zon Maritim Malaysia.
Melaksana dan meningkatkan mutu latihan anggota, latihan operasi dan latihan bersama di kawasan maritim negara.
Menjalin hubungan rapat dengan Jabatan/ Agensi lain mengenai penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.
Kemahiran
Asas
Kompeten dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Khusus
Mempunyai kompetensi dalam ilmu kelautan dan perkapalan.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai undang-undang persekutuan di Zon Maritim Negara serta undang-undang maritim antarabangsa.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.