Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2912
Bandingkan
Profesional Pegawai Percukaian dan Eksais
Profesional Pegawai Percukaian dan Eksais memeriksa pulangan cukai, bil jualan dan dokumen lain untuk menentukan jenis dan jumlah cukai, duti dan lain-lain yuran yang perlu dibayar oleh individu atau perniagaan, dan merujuk kes-kes yang luar biasa atau yang penting kepada akauntan, pegawai kanan kerajaan atau pengurus.
Tugasan
Memberi nasihat tentang hal percukaian kepada syarikat, perkongsian, organisasi dan individu.
Menasihati organisasi, perusahaan dan orang ramai mengenai undang-undang kerajaan, undang- undang dan peraturan-peraturan berkenaan penentuan dan pembayaran cukai, duti dan pengenaan bayaran kerajaan yang lain.
Memeriksa penyata cukai, bil jualan dan lain-lain dokumen yang berkaitan untuk menentukan jenis dan jumlah cukai, dan pekerjaan serta lain-lain jenis yuran yang perlu dibayar.
Menyiasat penyata fail cukai dan rekod-rekod perakaunan, sistem dan kawalan dalaman organisasi untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan cukai.
Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran berkaitan dengan penemuan dokumen dan menyelenggara rekod dan laporan mengenai tindakan yang diambil bagi kes-kes.
Menyemak secara terperinci akaun perniagaan untuk memastikan undang-undang cukai digunakan dengan betul.
Menggunakan undang-undang percukaian terhadap syarikat, perkongsian, organisasi dan individu.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.