- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
29
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
291
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit
2911
Profesional Inspektor Kastam dan Sempadan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2911
Bandingkan
Profesional Inspektor Kastam dan Sempadan
Profesional Inspektor Kastam dan Sempadan memeriksa orang dan kenderaan yang melintasi sempadan negara untuk mentadbir dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang kerajaan yang berkaitan.
Tugasan
Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/ cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/ pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/ eksport di pintu-pintu masuk/ keluar negara, zon-zon bebas cukai dan gudang-gudang berlesen.
Memproses permohonan lesen gudang eksais, gudang berlesen dan gudang pengilangan berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan dan Akta Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/ perkhidmatan.
Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam dan memproses permohonan remisi cukai.
Menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/ individu yang.
Melakukan penyelewengan/ penyeludupan dan menjalankan lain-lain tugas penguatkuasaan.
Menahan orang yang didapati melanggar undang-undang kastam dan imigresen serta mengatur tindakan undang-undang seperti penghantaran pulang.
Memeriksa, mengesahkan, mengeluarkan pas atau dokumen perjalanan.
Mencari dan merampas penyeludupan atau barangan yang tidak diisytiharkan termasuk kenderaan, pesawat udara atau bot yang mengandungi barangan seumpamanya.
Memeriksa kargo, bagasi dan barang peribadi yang memasuki atau meninggalkan negara.
Menyiasat permohonan pemulangan duti dan rayuan bagi pelepasan atau pengurangan penalti sekiranya wajar.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.