Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2911-02
Bandingkan
Penguasa Kastam Gred WK9 memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi sosial dan keselamatan negara.
Tugasan
Melaksanakan pengesahan dokumen, penjenisan, taksiran, pelepasan barangan, laporan harga dan penjenisan.
Menyediakan profiling pengimport dan pengeksport, tawaran kompaun, analisis, dan penyebaran maklumat.
Menyelia pemeriksaan dagangan, imbangan manifes, pemeriksaan penumpang, kenderaan, dan kawalan profil.
Menjalankan kajian permohonan penjenisan, memperakukan kod penjenisan, serta mengeluarkan atau membatalkan doket dan pekeliling penilaian.
Mendraf perintah, perundangan subsidiari perkastaman, serta memberi khidmat nasihat harga dan kajian harga pasaran terbuka.
Mengetuai serbuan, siasatan, pendakwaan, sekatan jalan raya, dan rondaan.
Memproses permohonan lesen, menyediakan rekod induk pelesenan, dan menjalankan lawatan premis bagi perakuan.
Memproses dan memperakukan bayaran duti, termasuk duti dagangan tempatan dan duti eksais secara Blanket System.
Menyediakan laporan pemeriksaan akaun, naziran tugas operasi dan pengurusan, serta menawarkan kompaun.
Menyediakan anggaran perbelanjaan pembangunan, menganalisa keperluan latihan, dan memberi khidmat nasihat pemudahan perdagangan dan perindustrian.
Kemahiran
Asas
Kemahiran interpersonal.
Kemahiran networking antara dan dalam organisasi.
Kemahiran penulisan laporan.
Kemahiran perundingan.
Mampu menjalankan tugas-tugas taksiran dengan cekap, tepat dan cepat selaras dengan Piagam Pelanggan.
Memiliki pengetahuan asas dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Perakaunan.
Mempunyai pengetahuan mencukupi dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
Khusus
erkeupayaan mengendalikan risikan, operasi pencegahan dan siasatan dengan cepat, tepat, berkesan dan mendalam serta mengendalikan pendakwaan dengan jayanya.
Pengetahuan dalam pengurusan meliputi kewangan, pentadbiran, logistik, tatatertib, stor, personel dan perhubungan awam.
Pengetahuan dalam perakaunan, undang-undang dan perdagangan berkaitan bidang jabatan.
Pengetahuan mendalam terhadap perundangan am dan perundangan lain yang ditadbirkan oleh jabatan.
Pengetahuan teknikal dalam kastam dan cukai dalaman.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.