- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
284
Artis Kreatif dan Persembahan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2849-04
Bandingkan
Pegawai Kebudayaan Gred B12
Pegawai Kebudayaan Gred B12 bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya. Pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.
Tugasan
Bertanggungjawab terhadap pengurusan am, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber. Kini ianya dilebarkan kepada pengurusan bidang perhubungan awam, sistem maklumat dan pembangunan infrastruktur seni budaya.
Bertanggungjawab terhadap aspek pentadbiran am yang meliputi urusan surat menyurat, dokumen, rekod dan penyimpanan, kebersihan dan keselamatan pejabat, urusan mesyuarat, peralatan dan kelengkapan pejabat, kenderaan jabatan dan sebagainya.
Bertanggungjawab terhadap aspek pengurusan sumber manusia yang meliputi urusan rekod, cuti, kursus, pertukaran dan penempatan, pemangkuan dan kenaikan pangkat, disiplin dan tatatertib, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer, pengesahan dalam perkhidmatan dan persaraan serta peperiksaan jabatan.
Bertanggungjawab terhadap aspek pengurusan kewangan yang merangkumi aspek perancangan, penyediaan anggaran belanjawan, agihan peruntukan, perolehan, akaun dan pembayaran, kawalan peruntukan, pindah peruntukan, rekod dan penyelarasan.
Melaksanakan tugas-tugas meliputi aktiviti perhubungan awam, sistem maklumat dan pembangunan infrastruktur seni budaya.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai minat yang mendalam dalam menjayakan aktiviti seni dan pementasan dengan sempurna.
Khusus
Berkebolehan membuat analisa mengenai seni dan budaya.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang fotografi, seni reka pentas dan produk pelancongan tempatan.
Berkemahiran dalam bidang komputer, undang-undang dan kewangan.
Berupaya mengaplikasi bidang kebudayaan dan kesenian dalam pelaksanaan tugas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.