- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
284
Artis Kreatif dan Persembahan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2849-01
Bandingkan
Penceramah Bebas
Penceramah Bebas menjalankan penyelidikan, menyediakan dan menyampaikan pembentangan, ceramah atau bengkel yang menarik kepada pelbagai jenis audiens. Mereka membangunkan kandungan yang bersifat informatif untuk seminar, persidangan, sesi latihan atau webinar, yang sering ditempah oleh organisasi, institusi pendidikan atau pelanggan korporat. Mereka juga boleh berinteraksi dengan peserta untuk menjawab soalan serta memudah cara perbincangan.
Tugasan
Menyelidik dan membangunkan kandungan informatif untuk ucapan, pembentangan dan bengkel.
Menyediakan bahan visual dan bertulis untuk menyokong pembentangan dan ceramah.
Menyampaikan pembentangan kepada audiens secara bersemuka atau maya.
Menyesuaikan kandungan pembentangan mengikut audiens, topik atau acara.
Berinteraksi dengan peserta dengan menjawab soalan dan memudah cara perbincangan.
Mengekalkan hubungan profesional dengan organisasi, institusi atau pelanggan.
Mengikuti perkembangan dan isu semasa dalam bidang berkaitan untuk memastikan kandungan sentiasa terkini.
Kemahiran
Asas
Kebolehsuaian dengan pelbagai persekitaran dan jenis penonton.
Kemahiran komunikasi lisan dan interpersonal yang cemerlang,termasuk kebolehan berbilang bahasa.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi.
Keyakinan dalam berucap di khalayak dan kebolehan melibatkan penonton dengan berkesan.
Mendengar secara aktif dan berfikiran kritis.
Khusus
Kemahiran dalam alat pembentangan, seperti Microsoft PowerPoint dan Keynote.
Kemahiran dalam platform webinar dan penstriman langsung, seperti Zoom dan Microsoft Teams.
Kemahiran dalam teknik penceritaan dan pertuturan persuasif.
Kepakaran dalam bidang khusus.
Keupayaan untuk menilai keperluan audiens dan maklum balas bagi menambah baik kandungan pembentangan.
Keupayaan untuk menyesuaikan kandungan pembentangan untuk pelbagai jenis audiens.
Pengetahuan tentang trend dan perkembangan semasa dalam bidang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.