Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2847-02
Bandingkan
Pelawak/Ahli Komedi
Pelawak/Ahli Komedi ialah penghibur yang menghiburkan penonton melalui humor, biasanya dengan menyampaikan monolog, jenaka dan anekdot sama ada secara skrip atau improvisasi dalam persembahan solo atau sebagai sebahagian daripada persembahan utama. Mereka mencipta dan memperhalusi bahan komedi asli serta membuat persembahan dalam persekitaran langsung atau rakaman seperti kelab komedi, teater, festival, media penyiaran dan platform digital, dengan tujuan utama untuk melibatkan dan menghiburkan penonton.
Tugasan
Menulis dan membangunkan bahan komedi asli untuk persembahan.
Berlatih dan membuat latihan rutin untuk memperhalusi pengaturan masa, penyampaian dan kehadiran pentas.
Membuat persembahan rutin komedi secara langsung dan dalam rakaman.
Berinteraksi dengan penonton dan menyesuaikan persembahan mengikut reaksi mereka.
Berimprovisasi apabila perlu untuk mengekalkan kelancaran persembahan dan penglibatan penonton.
Merakam persembahan untuk perkongsian atau pengedaran dalam talian.
Mengumpul dan menganalisis maklum balas penonton untuk memperhalusi kandungan dan penyampaian komedi.
Kemahiran
Asas
Kebolehsuaian kepada penonton dan situasi yang berbeza.
Kemahiran bertutur dan lakonan untuk menyampaikan kandungan dengan jelas dan penuh ungkapan.
Kemahiran komunikasi yang kukuh untuk melibatkan dan berhubung dengan penonton.
Keyakinan dan kehadiran di pentas untuk pesembahan yang berkesan.
Mendengar secara aktif dan kesedaran sosial untuk memberi maklum balas dengan tepat.
Khusus
Kemahiran dalam teknik lakonan dan ekspresi untuk menyokong penyampaian komedi.
Kemahiran dalam teknik penceritaan dan penyampaian lisan untuk persembahan komedi.
Keupayaan untuk berimprovisasi semasa persembahan bagi menyesuaikan diri dengan reaksi penonton.
Keupayaan untuk berinteraksi dan melibatkan penonton secara berkesan semasa persembahan.
Keupayaan untuk membaca dan memberi respons yang sesuai terhadap reaksi penonton semasa persembahan.
Keupayaan untuk mengendalikan cabaran persembahan langsung dan mengekalkan kelancaran persembahan.
Keupayaan untuk menulis kandungan komedi asli yang menarik dan bersesuaian dengan penonton.
Kompetensi dalam pengaturan masa dan rentak komedi untuk penyampaian jenaka yang berkesan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Tiada kelayakan formal diperlukan
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.