Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2845-02
Bandingkan
Tukang Cerita
Tukang Cerita menyampaikan dan mempersembahkan cerita kepada audiens bagi menyampaikan mesej, membangkitkan emosi serta melibatkan pendengar atau penonton. Mereka membangunkan dan menyampaikan naratif asli atau yang diadaptasi merentas pelbagai platform seperti acara langsung, media cetak dan media digital. Kandungan disesuaikan untuk memberi maklumat, mendidik, menghibur atau menyampaikan mesej organisasi dan komuniti melalui penceritaan yang tersusun dan kreatif.
Tugasan
Mengkaji dan mentafsir skrip atau bahan naratif untuk memahami cerita, watak dan mesej.
Menghafal kandungan cerita, isyarat dan aliran penyampaian untuk sesi penceritaan.
Menyampaikan atau membacakan cerita untuk menghibur, mendidik atau memaklumkan audiens.
Menyelidik topik dan keutamaan audiens untuk menyokong penceritaan yang berkesan.
Menulis dan menyunting skrip atau bahan naratif bagi tujuan penceritaan.
Menyediakan bahan visual atau audio asas untuk menyokong penyampaian penceritaan.
Bekerjasama dengan pasukan kreatif, pendidikan atau promosi untuk membangunkan kandungan penceritaan.
Menyesuaikan cerita untuk acara langsung, media digital atau format cetak.
Menyampaikan sesi penceritaan secara langsung untuk acara, pelancongan atau aktiviti pendidikan.
Menilai rakaman sesi penceritaan untuk menambah baik penyampaian dan kandungan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran mendengar secara aktif dan interpersonal untuk berhubung dengan pelbagai penonton.
Kemahiran pemahaman bacaan dan berututur untuk mentafsir dan menyampaikan kandungan dengan berkesan.
Komunikasi lisan dan bertulis yang kukuh untuk menyampaikan cerita dan msesej dengan jelas.
Kreativiti dan pemikiran kritis untuk menghasilkan naratif yang menarik dan bermakna.
Pengurusan masa dan kecekapan bahasa untuk mencapai penonton yang lebih luas.
Khusus
Kecekapan dalam teknik penceritaan untuk platform langsung, cetak dan digital.
Kemahiran dalam alat penyuntingan digital untuk menyediakan bahan penceritaan audio atau visual asas.
Keupayaan untuk membangunkan dan menyusun naratif asli atau yang diadaptasi dengan berkesan.
Keupayaan untuk menghasilkan elemen penceritaan visual yang menyokong penyampaian naratif.
Keupayaan untuk menilai keutamaan dan respons audiens bagi memperhalusi pendekatan penceritaan.
Keupayaan untuk menyesuaikan cerita bagi audiens pelbagai bahasa dan pelbagai budaya.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.