Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2844
Bandingkan
Pengarah dan Penerbit Filem, Pementasan dan yang Berkaitan
Pengarah dan Penerbit Filem, Pementasan dan yang Berkaitan menyelia, mengawal dan mengarah aspek teknikal dan artistik dalam produksi filem, televisyen atau radio, atau pertunjukan pentas.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan berkaitan persembahan di samping menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan format dan skrip persembahan.
Merancang, membangunkan dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater.
Mengkaji skrip dan mengarahkan pelakon dengan cara lakonan yang betul dan mengarahkan semua aspek produksi drama di pentas, televisyen, radio, atau dalam filem termasuk pemilihan pelakon dan membuat keputusan tentang pakaian, reka bentuk set, kesan bunyi, atau pencahayaan.
Melaksanakan rundingan royalti.
Mencipta, merancang, menulis skrip untuk rakaman, rakaman video dan menyunting program.
Menyelia kedudukan props, lampu dan peralatan bunyi.
Menonton filem atau pita video yang telah diproses untuk menilai serta memilih babak dan menentukan babak mana yang patut diambil gambar semula.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.