Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2842
Bandingkan
Ahli Muzik, Penyanyi, dan Komposer
Ahli Muzik, Penyanyi, dan Komposer menulis, menyusun, menggubah dan mengubahsuai hasil ciptaan muzik serta memimpin atau mengambil bahagian dalam persembahan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menggubah lagu, bermain alat muzik untuk latihan dan persembahan, menjadi pemain orkestra dan memimpin orkestra.
Menjalankan uji bakat dan memilih ahli muzik dan penyanyi serta memilih muzik untuk persembahan.
Mencipta dan menulis komposisi muzik.
Mengubahsuai atau menyusun muzik bagi kumpulan instrumental, alat muzik atau sesuatu upacara.
Memimpin kumpulan instrumental atau vokal.
Bermain satu atau lebih alat muzik secara solo atau sebagai ahli sesuatu orkestra.
Menyanyi secara solo atau ahli kumpulan vokal.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.