Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2842-09
Bandingkan
Ahli Muzik Gred B12 (Penolong Konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan)
Ahli Muzik Gred B12 (Penolong Konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan) bertanggungjawab dalam menggubah lagu, bermain alat muzik untuk latihan dan persembahan, menjadi pemain orkestra dan memimpin orkestra
Tugasan
Mempunyai kepakaran khusus dalam bidang muzik klasik, berpengalaman luas memimpin Orkestra Simfoni Profesional disamping mempunyai kebolehan menggubah lagu dan menganalisa muzik.
Bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Istana Budaya dan Pengarah Muzik/Konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan.
Membantu tugas-tugas Konduktor Orkestra SimfoniKebangsaan di dalam sesuatu latihan dan persembahan muzik.
Membantu di dalam tugas-tugas penggubahan muzik dan perancangan repertoire.
Sebagai salah seorang tenaga perancang bagi program-program seni muzik yang hendak diadakan dan menjadi Konduktor kepada Orkestra Simfoni Remaja Malaysia.
Berusaha untuk membangun dan meningkatkan pencapaian sebuah orkestra ke tahap mutu yang membanggakan dan meningkatkan taraf persembahan muzik negara.
Memantau kemahiran dan ketrampilan anggota orkestra secara berterusan.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai kemahiran bermain alat muzik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.