- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
284
Artis Kreatif dan Persembahan
Kumpulan Unit
2841
Artis Visual
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2841
Bandingkan
Artis Visual
Artis Visual mencipta dan membuat kerja seni dengan memahat, mewarna, melukis, mencipta kartun, mengukir atau menggunakan teknik yang berkaitan.
Tugasan
Merancang, membangunkan dan menyediakan perkhidmatan dalam bentuk pengajaran, ceramah, seminar, kursus, mesyuarat, tunjuk cara dan aktiviti lain.
Memelihara dan membangunkan idea-idea, reka bentuk dan gaya dalam karya, penulisan dan ukiran.
Mencipta reka bentuk seni berupa atau abstrak tiga dimensi atau ukir timbul dengan membentuk dan menggabungkan bahan seperti kayu, lilin, batu, tanah liat atau logam.
Mencipta lukisan seni berupa atau abstrak dengan menggunakan pensel, dakwat, cat minyak, cat air atau dengan mengaplikasikan teknik lain.
Mencipta lukisan dan mengukir atau menggoresnya di atas logam, kayu, atau bahan lain.
Mencipta kartun untuk menggambarkan orang dan peristiwa, biasanya dalam karikatur.
Mencipta serta menghasilkan reka bentuk dan ilustrasi untuk buku, majalah, iklan dan tujuan yang seumpamanya.
Membaik pulih lukisan dan barang seni lain yang telah rosak, kotor dan pudar.
Membuat miniatur.
Membuat reka bentuk hiasan tatu pada kulit pelanggan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.