Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2841-01
Bandingkan
Pemahat
Pemahat mencipta karya seni tiga dimensi dengan membentuk bahan seperti batu, tanah liat, kayu, kaca, plaster atau bahan sintetik. Mereka mentafsir konsep artistik atau ringkasan pelanggan dan mengubahnya menjadi bentuk nyata menggunakan teknik manual atau digital, menghasilkan karya yang berdiri sendiri, menyumbang kepada reka bentuk set dan prop atau membangunkan paparan struktur untuk ruang awam dan komersial.
Tugasan
Mentafsir idea arca daripada lakaran, konsep artistik atau ringkasan pelanggan kepada bentuk tiga dimensi.
Memilih dan menyediakan bahan yang sesuai seperti kayu, batu, logam, tanah liat, kaca, plaster atau bahan sintetik.
Membentuk dan menghasilkan arca menggunakan teknik ukiran, pengacuan, tuangan atau pemasangan.
Memperhalus dan menyiapkan permukaan arca untuk pembentangan, pameran atau pemasangan.
Memasang arca untuk pameran, paparan awam, ruang komersial atau struktur kekal.
Bekerjasama dengan pelanggan, pereka atau arkitek untuk memenuhi keperluan artistik dan fungsian.
Membangunkan reka bentuk, gaya dan tema arca berbentuk representasi atau abstrak menggunakan kaedah tradisional atau digital.
Memastikan arca memenuhi keperluan keselamatan, struktur dan estetika.
Menyelaras kerja projek arca daripada pembangunan konsep hingga pemasangan akhir.
Kemahiran
Asas
Kesedaran ruang visual yang kukuh dan ketangkasan manual untuk kerja yang tepat.
Komunikasi berkesan dan kerja berpasukan untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan sekerja.
Kreativiti dan pemikiran artistik untuk membangunkan keaslian dan seni arca ekspresif.
Pemikiran kritis dan mendengar secara aktif untuk memahami keperluan projek dan meneyelesaikan masalah.
Pengurusan masa dan perhatian terhadap perincian untuk memenuhi tarikh akhir dan mengekalkan kualiti.
Khusus
Kecekapan dalam perisian seni arca digital.
Kecekapan dalam proses kemasan, termasuk pengamplasan, patinasi dan pengecatan.
Kecekapan dalam teknik seni arca, termasuk ukiran, pemodelan, kimpalan dan tuangan.
Keupayaan menggunakan perisian yang berkaitan untuk visualisasi konsep, perancangan reka bentuk dan pembentangan.
Keupayaan menyesuaikan teknik seni arca tradisional kepada aplikasi moden, termasuk pemasangan awam dan paparan komersial.
Pengetahuan dalam penggunaan bahan arca seperti batu, tanah liat, kayu, logam, plaster, resin dan gentian kaca.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.